directioner archyhis: Typical malaysian : kenduri
BLOG-ING MOOD
under constructions !!

Typical malaysian : kenduri

Assalamualaikum..

Entry kali ini mungkin agak pelik. Bukan untuk merendahkan sesiapa tetapi untuk kita mengambil iktibar dripada apa yg aku lihat, pandang dan fikir.

SITUASI 1:

Apabila pergi kenduri, tuan rumah tu tak bgi apa-apa buah tgn ataupun goodies. Mesti ada dengar suara-suara sumbang sebegini :

A: ish apa la tuan rumah ni. Kita datang kenduri dia penat2, satu aa pun dia tak bgi.
B:  aah , tula pasai. Kalo tau la xdpt apa , aku takdk mai aih.

*** kita tak tahu knpa hal ini berlaku. Mgkn tuan rumah tak ckup bajet. Dia dah sediakan makan tu kira okay la kan drpada dia hanya sediakan air untuk minum. Sepatutnya kita perlulah bersyukur.

SITUASI 2:

Apabila tuan rumah bgi goodies dan dlm beg tu cuma ada satu jenis kuih.

A: apa la tun rumah ni, baik tak payah bagi. Ada pun sejenis kuih ja. Bahulu!
B: tu la baik tak payah bgi. Haihh

**
See.. Bila dh bgi and dh dapat bersyukur jelah dengan apa yg ada di dalamnya. Manusia tiada yg sempurna untuk memuaskan nafsu seseorg.

SITUASI 3:

Apabila tuan rumah bgi goodies dan isinya padat. Bermacam macam jenis kuih ada.

A: tudiaa byknya kuih dia. Rugi. Bkannya org nk makan sgt. Apala. Bazir duit je tempah.
B: cuba rsa kuih ni, nmpk ja lawa tp rsa hmmm

** ini lagi satu. Bila byk merungut kata bazir. Bila sikit merungut kata baik tak payah bagi. Bila tak bagi hmm mcm mcm dikatanya..

P/s : ini berdasarkan apa yg aku lihat di rumah2 kenduri. Bersyukurlah kerana Allah masih memberi kamu rezeki. Bye

No comments :