directioner archyhis: Super Friends Giveaway by Aina, Afiqa & E
BLOG-ING MOOD
under constructions !!

Super Friends Giveaway by Aina, Afiqa & E



assalamualaikum~

hi semua. okay okay aku tau blog ni dah lama tak dicuci dan dikemas. baru hari ini mood datang. sebab malam ni mood melukis xdak. maaflah tuan blog ni sibuk sejak menjejakkan diri sebagai student form4 di SMKA Al-Irshad. memang busy sesangat. homework tetap hari ada. exam sebulan baq hang! kalau xsalah kira tarikh, baru 2 minggu PAT tamat. haaa ni cerita baru nak mula.

tadi scroll kt dashboard, dah lama xbukak. bukak-bukak dah banyak perubahan. pastu sebelum on laptop tdi, terbaca kat temlen twitter pasal giveaway2 dari seorang blogger terkenal. tpi dia baru tgh cari sponsor. kemudian, terfikir jugak nak join mana-mana giveaway sebab poket dah kering. eh? bukan cam tu. teringin nak dapat hadiah yang abe posmen hantaq. kahkahkah demand!




scroll punya scroll punya scroll, terjumpa giveaway ni. "SUPER FRIENDS GIVEAWAY BY AINA, AFIQA & E". woahh sounds interesting right. memang banyak la nak cerita pasal kawan-kawan ni kan. ah bohong kalau korg kata korg tak dak kawan. sekurang-kurangnya mesti ada sorg. see the banner, cute je kan! *puji ikhlas ni hihi
(tak reti nak buat back link dekat banner, maaf)

berkumandang lagu 'its end tonight by all american reject~

okay dalam entry kali ni , nak cerita pasal kawan-kawan yg rapat dengan aku sepanjan form 4 ni. rasa sekejap sgt tahun ni berlalu. tahun depan aku SPM wehh T.T . okay stop. dont spoil ur mood zati. let me tell u the meaning of friendship. it s based on my mind okay. its depends on the individual to describe it!




rasanya kata-kata dari Albert Camus tu dah cukup untuk menggambarkan maksud friendship bagi aku. okay untuk mengelakkan drpada entry ni panjang berjela jela, let me introduce one by one and a story beside my friends okay!

Embedded image permalink

this is Farah Najwa. aku kenal dia sejak tingkatan dua lagi. pastu tingkatan tiga dapat kelas sama. hmm memang bersyukur la. sapa tak bersyukur kan. takde la awkward sgt mauk klas bru nanti. sebab dh ada geng! hahaha

she's a little bit cute. *taknak puji lebih stg dy expand kahkah* pandai. sebab dalam exam form4 ni dia selalu atas aku lagi.mana tak nya, dia pergi tusyen aku x. memang agak payah la study sensorg kan. lagi satu, dy sgt addicted dgn GD! omg


Embedded image permalink


this is Azmin Najihah. baru je kenal dia. tahun lepas! hahah pada mulanya ingtakan dia ni sombong, rupa-rupanya dia pun macam aku jugak. otak gila-gila. bila bersembang tak sah kalau tak gelak kuat-kuat. ada ja cerita dia.

but of course she's smarter than me. her parents work as a teacher. mana tumpah kuahnya kalau bukan dekat nasi kan. dia dengan farah tusyen sekali. dia minat apa ea? hmm yg aku tau oren. siapa oren? biarlah rahsia ekeke

Embedded image permalink

ni Farah Hanim or Dede. dede tu datng dripda perkataan 'dik Ah'. disebabkan payah nak sebut laju-laju, tukarlah jadi dede. hahaha aku pun taktau macam mna bole jdi lagu tu. dia lah yg habaq. aku knal dia pun tahun lepas jugak. satu kelas la katakan. kebetulan , aku jadi penolong, memang depa rapatlah dengan aku, nak itu ini. hahah

dia setaraf dengan aku. tak pegi tusyen mana mana. study sendiri. tpi dia ada kelebihan, iaitu menghias apa semua ni. bab-bab ni memang serah kat dia. sanggup tidur 3 pagi dok buat kad ucapan birthday baq hg! rajin sungguh laa. aku pun tak sekreatif dia. hahaha tngan aku pun keras.

Embedded image permalink

ni pulak anak kerabat diraja. ok bohong. nama dia Putri Nurhusnina. nama manja dia pulak Put ta pun Pot. nampak tak permainan dia hahaha. kami ni selalu berlawanan. dia suka aku tak suka. dia sokong aku tak sokong. tapi kami dua-dua #GGMU haha. tapi lagi, dia minat Adnan Janujaz , aku minat Chicarito haa tengok!

tiap kali cuti sekolah ja or weekend mesti pergi berjalan. shopping. bukan nya dekat, dekat SP tu. hahah aku pun selalu berjalan juga sebenaqnya hehehe.. kami selalu share benda dekat wechat. tp sejak ada peristiwa gelap, dah slow la skit share share ni. tapi sekarang dak dah. dok active kt whatsapp pulak. ajak buat line takmau!


Embedded image permalink

Ana Shuhada.. itulah nama dia. dia ni payah sikit nak tgkp gambar, sebab tu aku xdk gambar dgn dia. asal nak tgkap ja, dia lari. jinak-jinak merpati la katakan . kalau sembang dengan dia, dia keja gelak ja. hahaha

dia minat austin mahone aku T.T hahah. handsome what. pergi la google tgk. dia tak minat korea aku rsa. dia rajin study. tak pergi tusyen jugak. kalau nak ajak keluaq, memang payah. macam aku jugak la. tpi kekadang tu mak dia bagi la jugak. macam aku hahaha apa ni ?!


ni kawan yg paling aku jeles. selalu aku nak fight dengan dia tpi tak bole. nama dia Nur Zahirah. nak tau dak gambar tu dekat mna? dekat Amsterdam Airport. dia pegi LONDON tahun lepas. nak pegi jugakkk huaargg ok stop.

dia tersangat pandai. tak study pun boleh score. sapa ak jeles. hahaha aku pun xdk gambaq denan dia. ada la cerita di seblik ni. tak boleh tau! hehe peminat tegar Justin Bieber uolls

~~~~~~~~~~~~~

sampai sini saja entry ali ni. semoga ukhwah persahabatan kita kekal hingga akhir hayat. jangan lupa jemput aku kalau hampa kahwin nanti tau! xoxo

p/s: ada lagi yg aku rapat, tapi memandangkan entry  ni dah berjela, aku stop. 

1 comment :

mommyfiqa said...

thanks tag,insyaAllah kita join nanti..