directioner archyhis: program penyembelihan @ 12/11
BLOG-ING MOOD
under constructions !!

program penyembelihan @ 12/11

assalamualaikum~

syukur alhamdulillah kerana masih bernafas sebagai salah seorang umat Nabi Muhammad SAW. ya betoi, hari ni ada program penyembelihan. bukan macam hari korban, hanya seekor lembu. tetapi 50 ekor AYAM bro!

siapa yg sembelihkan? mestilah kami. program ni hanya tingkatan 3 & 4 sahaja. ustazah dah maklumkan dah 2 minggu sebelum tu suruh penolong aghkan kumpulan. satu kumpulan perempuan 5 org. kumpulan lelaki tak tahu lah pulak. sebab budak laki kt sekolah aku makin lama makin pupus -.-

lepas baca al-Quran pagi tu, trus bekumpul dkat surau. dengar taklimat macam biasa. tahu-tahu jalah janji org melayu ni, pukul 8.05 bru mula. pastu ustaz Marzuqi bagi lah penerangan tentang cara nak sembelih mksud sembelih and so on.

lepas tu kan, ustaz ada tunjuk video-video cara org smbelih binatang daratan di negara luar. jeng jeng jengggg.... nak tengok ke? nak? betoi ni? okay tapi kena janji dulu. *angkat tangan sebelah* ok bajet. kalau nak tgk video ni, pastikan diri tu tak dak lemah jantung tau. stg tak pasai-pasai aku dapat masalah.


dah tengok? apa komen anda? haaa lepas tgk dekat sekolah tadi, rasa bersyukur sangat sebab dilahrkan dalam kalangan keluarga dan masyarakat yang beragama Islam. agama Islam ada cara khusus untuk menyembelih binatang. takde lah macam dalam video tu kan. main pancung suka hati je. tetapi cara tu sah cuma penyembelih tu menyembelih tanpa iat. so jadi lah tak sah dan dikira sebagai najis. oleh itu, kambing itu haram dimakan.

okay sambung cerita balik. lepas dengar taklimat, semua berkumpul dibelakang bengkel KH. belakang bengkel tu ada tanah lapang macam padang. ada pokok. tapi padang sekolah 4 kali ganda lagi lah besarnya. kat situ jugak ada air pancur atau air paip. senang la sikit nak buat kerja kan.

lepas tu ustaz buat demo dua ekor ayam. seekor untuk lelaki seekor lagi untuk perempuan. habis tengok demo penyembelihan, duduk dalam grup masing-masing. haa nk tau, grup aku duduk tengah-tengh tanah lpang tu dengan panasnya pheww.. salah port hahah.. wani tolong sembelih qurrat tukang pegang. aku? hehehe tengok je. bukan apa, aku takut ayam yang aku sembelih tu jadi najis nanti aha aha aha.

alah, wani sembelih sambil tutup mata! lepas ustaz Zul suruh tengok bru da bukak mata. dia kata , " weyh aku dok rasa halqum dia bergetaq-getaq tau dak". haa lebh kurang macam tu lah. alhamdulillah ayam tu dah selmat mendarat dalam perut kami semua. kalau xsalah 4 ekor ayam ja kot yg tak sah.

lepas sembelih apa lagi, proses laa.. aku jadi doktor sakit puan wuuu.. aku lah yang korek perut ayam tu. hihi siap belek dia tali perut daaa. sumpah sikit pun aku tak rasa gel. aku rasa lagi nak belek lama-lama tau dak. tapi takut kawan sebelah muntah pulak tengok aku belek haha so aku buang.

lepas dah cuci apa semua, hantaq dekat makck kantin. diorg yang uruskan hal memasak apa semua ni. dalam pukul 11 lebih la siap proses ayam semua. lepastu aku taktau la sapa yang kemas kt belakang tu. sebab aku farah wani n salwa cabut p mnum dekat kantin. gila lapar weh dari pagi tak makan apa T.T

habis tudung n baju bau ayam. tngan lagi laaa. dah la masa proses tadi tangan aku belumuran darah dia. hanyaiaqqq... pukul 1 bru ada pengumuman jemput makan kat kantin. lama kan.. aku paksa mata aku tidur sebelum tu, yola, nak bagi perut stop mengaum. heee

menu makan tengah hari tadi nasi putih, sup ayam sembelih tadi dengan kicap cabai melaka. bila pikiaq balik masa tengah makan tadi, memang tak lalu la. dah la ayam sembelih sendri. kita dah tahu fizikal ayam tadi tu. disebabkan lapar, licin jugak aku makan. alhamdulillah. boleh lah nak suruh aku sembelih lepas ni ekeke

anda ada pengalaman menyembelih jugak? jomlah kita share-share heh

1 comment :

Erah said...

Untunglah ada peluang belajar menyembelih ayam di sekolah. Time akak dulu xde pun. huhu