directioner archyhis: December 2014
BLOG-ING MOOD
under constructions !!

kau segalanya

 Kerana sebutir nasi , aku sanggup. Aku sanggup mengorban nyawaku. Siapa nak jaga nenek kalau bukan aku? Aku masih ada tanggungjawab walaupun aku tidak sempat melihat wajah arwah Ibu dan Ayah. Aku ingin sekali menabur jasa dan baktiku. Aku ingin sekali jalani hidup seperti kawan-kawan yang lain. tapi, apakan daya. Allah sudah tetapkan takdir diriku seperti ini. Aku redha. Ya , aku redha.

“ Lina , sudah-sudah la tu. Esok boleh sambung lagi. Dah lewat sangat ni. Pergilah tidur. Esok kan sekolah,” Nek Jah terjaga dari mimpinya dan terlihat pelita minyak tanah masih menyala.

“ eh, nek .Lina ganggu ke? Maaflah,keja Lina masih banyak. Esok cikgu suruh hantar. Kejap lagi, kalau siap, Lina tidur ok. Nenek jangan risau.” aku terus menghantar nenek ke tempat tidurnya.

Jam sudah melepasi jam 3 pagi. Patutlah mata ni seperti dihempap batu. Buku-buku kususukan semula di dalam beg sekolah supaya esoknya tidak tertinggal.


******

“ Nur Alina bt Asri ! Mana buku latihan yang saya suruh hantar tu? Awak ni kan , selalu sangat tak hantar buku latihan. Dah ramai cikgu mengadu,”

Aku tersentak. Selama ini aku hantar semua buku latihanku. Kenapa boleh tiada pula.

“ maaf cikgu. Tapi saya hantar buku latihan saya tadi. Saya tak pernah tak hantar,” aku menjawab kerana memang aku hantar.

“Ikut saya ke pejabat pengetua,” arah cikgu Nordin.

Apabila tiba di bilik pengetua, muka aku mula berpeluh. Semua cikgu yang mengajarku berada di dalam pejabat pengetua tersebut. Cikgu-cikgu tersebut baru selesai bermesyuarat.

Aku diarah untuk masuk ke bilik pengetua. Beberapa fail telah di bentang di hadapanku.

“ Alina , sebenarnya apa masalah kamu? Tahun ni, dah masuk tahun kedua kamu xbayar yuran sekolah. Tapi nasib kamu baik, sebab ada orang yang tolong bayarkan ke pihak kamu. Tapi tahun ni tak dak siapa yang tolong bayarkan. Nama kamu juga dah jadi bualan antara cikgu-cikgu kat sekolah ni. Prestasi kamu juga sangat teruk !” panjang lebar pengetua menerangkan kepadaku. Aku sangat terkejut. Mustahil !

Aku menerangkan semuanya kepada tuan pengetua. Tetapi, nasib tidak menyebelahi aku. Aku terpaksa berhenti sekolah kerana kekurangan segala. Selepas aku keluar dari pejabat, aku selisih dengan Cikgu Zulkarnain , cikgu yang mengajarku subjek fizik. Aku membalas senyumnya lalu beredar dari situ.

Semasa di kelas, berita aku diberhentikan dari sekolah sudah tersebar. Aku diejek dengan teruk sekali. Aku malu. Aku masih ada maruah diri.

“ orang miskin tak sedar diri. Dah tahu miskin , tapi masih nak sekolah kat sini. Sedarlah diri tu sikit. Yuran pun tak mampu nak bayar. Balik tanam ubi la wehhh ,” begitu hina sekali Alina dimata rakan-rakan sekelasnya.dia sedar akan kedudukan dirinya sekarang. Tapi bukankah hidup ini umpama roda, sekejap kita diatas dan sekejap kita akan berada dibawah.

Hidup ini ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang sahaja. Alina hanya tunduk apabila dihina dan dimaki rakan-rakannya yang lain. Dia bukan takut tapi demi menjaga persahabtannya, dia tidak mahu pergi dalam tercetusnya perbalahan.

Semasa menyusuri koridor untuk ke pintu pagar, cikgu Zulkarnain menahan Alina. Mukanya nampak termengah-mengah dek mengejar Alina dari jauh.

“ eh cikgu. Kenapa berpeluh sakan ni? Ada apa nak jumpa saya. Maaflah, saya dah....”

“ cikgu cuma nak kasi ni. Cikgu dah tahu kisah sebenar dan hanya ini cikgu yang mampu cikgu bantu,” cikgu Zulkarnain pantas memotong kata-kata Alina dan memberinya sepucuk surat.


“bukaklah bila dah sampai rumah nanti,” sambung cikgu Zulkarnain lagi.Alina hanya mengangguk dan berlalu pergi dengan hati yang hiba.



p/s: akan disambung. komen plis