directioner archyhis: August 2012
BLOG-ING MOOD
under constructions !!

ketahui 7 sikap wanita dengan melihat cara berjalan .

assalamualaikum..


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

p/s : aku number 3 tu .. hehe

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE


assalamualaikum !! 

join segment ni.. nmpak menarik ja kan ?
secara tak sengaja , zati scroll dkt dashboard tadi tentang update-update dari blogger yg lain..
and I found this !
so I wanna join tonight..

actually , ni first time zati jumpa blog ni..
byk baju baju yg cantik..
and ada satu baju yg abang zati beli kt ehem dy sama mcm dalam blog tu..
ah , cantik sgt..
kalo nak beli mmg tak terdaya..
tunggula zati keja nanti .. *pujuk hati*

hadiah dy sgt menarik kay ..
nak tahu ke ? 
apa kata korg join terus ?
serius , tak rugi join..
nah , PICIT sini kalo nak tahu lebih detail..

hope , ada la tuah zati dalam contest  ni kan ?
amiinnn..
*hadiah untuk pencapaian trial :D *

iftar bersama mereka ^^


assalamualaikum..

waduh , sudah bersawang ya blognya..
ya ialah , udah lama tak di update..
haaaachhuummm
aduh , sampe sesema lagik..
ops , jadi bibik sebentar ya ..
oke stop..

pada hari khamis, dua hari sebelum raya , aku dgn kawan kawan aku keluar berbuka puasa dkt luar.. 
mula mula tu  agak takut la nak minta permission dari parents..
fuhh , last sekali bole jgk.. 

kan dah kesuntukan masa , kasut tak beli lagi , seluar pun sma..
so , aku ambil kesempatan la nak beli kasut.. kasut je..
seluar tak cukup bajet.. ehehe

aku , azmin n fara berkumpul dekat rumah dede..
pak ngah dy yg akan hantar kmi pegi sunway..
pakngah dy bawak keta lgu kot..
dah la kami berhimpit empat org kt belakang.. haha

sampai sampai ja serbu kedai chicken rice shop..
na reserve tempat.. dapat tempat tgh..
kami bertembung dgn sekumpulan boy n girl ni..
pusing pusing asyik jmpa depa ja.. tau la ada dslr enn

lepas reserve , p la cari barang..
snap gambar la..
smpai tak tau nak buat apa ..
then kmi naik lift p tingkat 5..
dkt situ nmpk permandangan open dari atas..
pastu tgkap dalam lift plk..
sekali tu , lift tu berhenti dah smpa level yg kmi tekan..
masa tu tak dan nk snap , sbb ada sorg china ni masuk..
kmi masuk balik dlm lift..
n tak tekan pun nak p level brapa..
lift tu berhenti , air cnd dy pun tak berapa dgr..
aku dah mula panik..
terus aku tekan pintu lift bagi terbuka..
pastu getaq dh nak naik..

dalam pukul 7.15 kmi pegi blik chicken rice shop tu..
sampai ja nampak lagi muka geng tadi..
duduk belakng meja kami n bertentangan dgn aku..
adoii..

nah tgk je la gmbr .. malas nak taip daa..

























p/s : sayur tu tak usik langsung.. we are not vegetarian =p