directioner archyhis: 2014
BLOG-ING MOOD
under constructions !!

kau segalanya

 Kerana sebutir nasi , aku sanggup. Aku sanggup mengorban nyawaku. Siapa nak jaga nenek kalau bukan aku? Aku masih ada tanggungjawab walaupun aku tidak sempat melihat wajah arwah Ibu dan Ayah. Aku ingin sekali menabur jasa dan baktiku. Aku ingin sekali jalani hidup seperti kawan-kawan yang lain. tapi, apakan daya. Allah sudah tetapkan takdir diriku seperti ini. Aku redha. Ya , aku redha.

“ Lina , sudah-sudah la tu. Esok boleh sambung lagi. Dah lewat sangat ni. Pergilah tidur. Esok kan sekolah,” Nek Jah terjaga dari mimpinya dan terlihat pelita minyak tanah masih menyala.

“ eh, nek .Lina ganggu ke? Maaflah,keja Lina masih banyak. Esok cikgu suruh hantar. Kejap lagi, kalau siap, Lina tidur ok. Nenek jangan risau.” aku terus menghantar nenek ke tempat tidurnya.

Jam sudah melepasi jam 3 pagi. Patutlah mata ni seperti dihempap batu. Buku-buku kususukan semula di dalam beg sekolah supaya esoknya tidak tertinggal.


******

“ Nur Alina bt Asri ! Mana buku latihan yang saya suruh hantar tu? Awak ni kan , selalu sangat tak hantar buku latihan. Dah ramai cikgu mengadu,”

Aku tersentak. Selama ini aku hantar semua buku latihanku. Kenapa boleh tiada pula.

“ maaf cikgu. Tapi saya hantar buku latihan saya tadi. Saya tak pernah tak hantar,” aku menjawab kerana memang aku hantar.

“Ikut saya ke pejabat pengetua,” arah cikgu Nordin.

Apabila tiba di bilik pengetua, muka aku mula berpeluh. Semua cikgu yang mengajarku berada di dalam pejabat pengetua tersebut. Cikgu-cikgu tersebut baru selesai bermesyuarat.

Aku diarah untuk masuk ke bilik pengetua. Beberapa fail telah di bentang di hadapanku.

“ Alina , sebenarnya apa masalah kamu? Tahun ni, dah masuk tahun kedua kamu xbayar yuran sekolah. Tapi nasib kamu baik, sebab ada orang yang tolong bayarkan ke pihak kamu. Tapi tahun ni tak dak siapa yang tolong bayarkan. Nama kamu juga dah jadi bualan antara cikgu-cikgu kat sekolah ni. Prestasi kamu juga sangat teruk !” panjang lebar pengetua menerangkan kepadaku. Aku sangat terkejut. Mustahil !

Aku menerangkan semuanya kepada tuan pengetua. Tetapi, nasib tidak menyebelahi aku. Aku terpaksa berhenti sekolah kerana kekurangan segala. Selepas aku keluar dari pejabat, aku selisih dengan Cikgu Zulkarnain , cikgu yang mengajarku subjek fizik. Aku membalas senyumnya lalu beredar dari situ.

Semasa di kelas, berita aku diberhentikan dari sekolah sudah tersebar. Aku diejek dengan teruk sekali. Aku malu. Aku masih ada maruah diri.

“ orang miskin tak sedar diri. Dah tahu miskin , tapi masih nak sekolah kat sini. Sedarlah diri tu sikit. Yuran pun tak mampu nak bayar. Balik tanam ubi la wehhh ,” begitu hina sekali Alina dimata rakan-rakan sekelasnya.dia sedar akan kedudukan dirinya sekarang. Tapi bukankah hidup ini umpama roda, sekejap kita diatas dan sekejap kita akan berada dibawah.

Hidup ini ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang sahaja. Alina hanya tunduk apabila dihina dan dimaki rakan-rakannya yang lain. Dia bukan takut tapi demi menjaga persahabtannya, dia tidak mahu pergi dalam tercetusnya perbalahan.

Semasa menyusuri koridor untuk ke pintu pagar, cikgu Zulkarnain menahan Alina. Mukanya nampak termengah-mengah dek mengejar Alina dari jauh.

“ eh cikgu. Kenapa berpeluh sakan ni? Ada apa nak jumpa saya. Maaflah, saya dah....”

“ cikgu cuma nak kasi ni. Cikgu dah tahu kisah sebenar dan hanya ini cikgu yang mampu cikgu bantu,” cikgu Zulkarnain pantas memotong kata-kata Alina dan memberinya sepucuk surat.


“bukaklah bila dah sampai rumah nanti,” sambung cikgu Zulkarnain lagi.Alina hanya mengangguk dan berlalu pergi dengan hati yang hiba.



p/s: akan disambung. komen plis

yes , I do


tadashi hamada. hanya wujud dalam movie dan fantasi. tapi character ni dh berjaya menawan hati para penonton lebih dri hiro hamada. okbye

mungkinkah aku? #1

Kisah aku bermula apabila aku dipindahkan ke sekolah harrian biasa oleh ibu bapaku sendiri. Aku pun tak faham kenapa mesti jadi begini. Mungkin sudah nasibku.sekolah ni boleh la tahan. Sekolah apa? Tak usahlah disebut. Biar aku seorang saja yang mengetahuinya.


Hari pertama lagi aku sudah diejek oleh rakan sekelasku. Nerd, poyo itulah aku. Nama aku Edrinna ok. Aku ingatkan, apabila ditempatkan dikelas pertama, perangainya pun mestilah berclassss gitu. Tapi sebaliknya. Ok fine, aku sahut cabaran mereka.


“ weh nerd, sampah banyak dalam tong sampah tu, pergi buang .”


erk, suka hati mak bapak kau je eh suruh aku buang.. bukan aku yang bertugaslah! Kebenaran harus ditegakkan.


“ eh , suka hati awak je kan suruh saya buang. Bukan saya yang bertugaslah. Tu nama dalam jadual tugas tu pun xde lagi,” tegasku. Amekkau !


Tiba-tiba cermin mata aku ditarik kasar oleh budak lelaki itu. Sekelip mata pandanganku menjadi kabur dan kedua dua belah tanganku meraba raba untuk mengambil kembai cermin mata.


“hahahaha, padan muka. Lain kali , apa yang aku suruh tu , buat. Sudahlah budak baru, buat kepala dekat sini pulak,” dia terus mentertawakan kepada ku.


“bak la sini cermin mata saya. Saya tak nampak apa ni. Tolonglah kasi balik,” aku terus membongkokkan badanku diatas lantai dan mencari cermin mataku.


Ya Allah, bantulah hambaMu ini.. air mataku menitis ke pipi.


“ nah. Aku dah buang dah sampah tu. Jangan risau,”


dengan cepat aku memakai semula cermin mataku dan mencari suara tadi.suara yg telah membantuku. Terima kasih ya Allah. Hmm tapi siapa ya?


Kringggg~~~~


eh waktu biology lah. Makmal bio dekat mana tah. Aku nak tanya siapa ni. Seorang pun taiada dalam kelas ni. Dugaan lagi. Dari satu bangunan ke satu bangunan aku berjalan mencari makmal biologi. Akhirnya, aku berjaya ketemu makmal ini. Bangunan hujung tingkat 2. punyalah jauh. Kalau sekolah lama , tingkat bawah kelas aku je. Hm sobs


“ kenapa kamu lambat? Kamu tahukan sekarang waktu apa? Saya paling tak suka bila ada pelajar masuk lambat. Sekali lagi kamu ulang perkara yang sama, kamu belajar dekat luar makmal,”


beberapa pelajar yang lain sedang mentertawakan aku. Aku nampak dan aku sedih. Kenapa hari pertamaku disini seperti ini? Aku mengambil tempat duduk aku di sebelah Aziera. Sesi pembelajaran pun bermula.



“ edrinna, can you explain to us what is the importance of locomotion in our daily life?” tanya cikgu Sofia kepadaku. Gulp!

back to normal?

assalamualaikum ~
malam ni terasa nak throw out apa yg dibukukan dalam hati ni.. sebab apa? sebab malam ni diberi cuti dripada beljar oleh diri sendiri sebab up1 bru hbis tadi ohyeah ! tpi kan , tdi dh tau result physics. oh so sad. lari target. yg tak puas hatinya, dia per 40 kali 100 je pun. and yg so bad nya aku lari dua markah thats mean 5/100. ok mesti tak paham kan hahahaha

sekrang ni kan, aku tengah tertanya-tanya mcm mna nk belajar secara berkesan. bukan apa,selama ni aku belajar mmg berkesan tpi tak lama. mai nk exam atudia punggah cri nota buku rujukan sana sini. diatak lekat dalam otak. tetiba ptg tadi la kan , aku terfikir nk buat poket comel-comel then lekat kt dinding daam bilik. dan dalam poket tu boleh letak nota tangan ikut kategori. amacam, agk agk ok dak?

lagi satu, aku terfikir jugak nak buat study group giliran. meaning, mggu ni rumah polan a minggu depan polan b cenggitu la.. heheh sejak dah ada lesen ni senang sikit aku nk kesana sini tanpa menyusahkan parents aku. tpi tu la, asal jmpa ja bersembang. bukan study group dh nama nya hahaha

haa, macam mana ye nk download video kt youtube ni? software apa yg nk guna tanpa virus? I am newbie in windows 8. help me okay!

matured

assalamualaikum...

hi , rasanya ni first entry untuk tahun 2014. rasanya tak lambat lagi kut nk ucap selamat tahun baru !

ada apa dengan matured? saja tetiba fefiling nak update tgh malam ni. wuu tk sedar lagi yg diri ni dah form 5 n skolaaaa esokk woahhh !! entry ni ditaip sempena birthdayku yg ke-17 tahun . bila tu? 2 hari yg lalu (23/1). dalam kelas, pelajar perempuan terutamanya memanggil aku dgn gelaran 'kak long' sebb dlm klas birthday aku first. wuu untung gila tpi rasa tua gilaaa hahaha

bila terkenang balik peristiwa yg lampau2, macam tme form1 dlu, nak tergelak pun ada. malu gilaaa... knpa la aku p teriak dlm pejabat asrama tah. depan senior lelaki plk tu. and until now i dont recognizes who's that guy fuhh nasib. tetapiii kalau dia masih kenal aku macam mana ?? oh tidakkkkk......

itu masa form 1 . form 2?? hmm apa ya? haa first time aku failed exam. subjek sejarah ! ok sejarah tak bole dikenang. sejak sejak failed , aku nekad nak study sungguh2. and hasilnya , tgklah masa form 3. fon aku bgi kt abg aku. masa tuh fon dy rosak. satu perubahan yg bgus. and for sure, I'm so proud with my pmr result Alhamdulillah.

form 4 I think is the worst year. sapa kata tah honeymoon year ?? ngaku cepat! nak score mmg payah. tambah tambah org mcm aku yg tak p mana mana tusyen luar. addmath bio chemist physics drive me crazy ! oleh kerana aku rasa aku terlalu bodoh di antara geng aku yg lain, aku nekad aku akan berubah. nekad lagi haha. final exam aku dpt beat depa yeay . tpi kumpul A- ja byk haha ok la tu. total up semua 5A per 11. ingat senang kaa?

untuk tahun ni, aku rasa tahun untuk aku membina keyakinan diri. keyakinan diri ni sgt penting untuk menempuh alam universiti dan pekerjaan kelak. nak jadi doktor kna berani kena yakin. apa yg aku buat? firt sekali , aku separate kan diri dari geng yg lain. kami satu kelas, so kna behave. tpi aku separate atas kehendak someone. alasan dia nak kurangkan bersembang. tapi alih alih someone tu duduk dgn geng yg lain and sembang jugak. ok takpa , yg tu aku tak kesah. aku dapat advantage dy.

selain itu, aku byk diamkan diri. tapi menurut org lain, aku mmg jenis pendiam pun. tpi sekali mai angin tak btoi hingaq jugak haha. and sekarang apa apa yg melibatkan pembentangan, setakat ini kumpulan aku selalu volunteer nak p dulu. khamis lepas presentation sivik. khamis depan oral bi. omg! dri segi keberanian, aku berjaya p skola naik moto. aku n kan gadis yg lembut orgnya , naik moto pun getaq lutut laga gigi hahaha

and for my future, dengan harapan yg menggunung tinggi setinggi gunung everest kuasa dua, aku harap berjalan dgn lancar. mohon doa dri rakan rakan blogger sekalian. ampun maaf dipinta. blog ni pun akan jarang diupdate, twitter pun sama. insta ja yg berjalan sebab aku amek inspirasi dri senior yg lain yg mana mereka study overseas n holiday keliling dunia ! teringn gila. of course aku nak balas jasa mak & abah yg byk berkorban demi aku. tahun ni aku dpt moto sebijik sempena nk  skola wuut wutt

nak dekat jam 1 pagi dh. esok sekola , so undur dri dlu. selamat malam , semoga mimpi indah. ingat daku dalam doa mu. jangan lupa baca doa sebleum tidur !


got inspire from this preety senior ! she studies in Jordon and  in reland right now for holiday trip . so jealous! I wanna be like her too. score straight A's in spm !