directioner archyhis: 2013
BLOG-ING MOOD
under constructions !!

Simple GA - 3D Puzzle



ASSALAMUALAIKUM~

cantik ah 3D PUZZLE ni. actually tak tahu pun benda macam ni pernah wujud hehe. kalau ada eifel tower mesti cantik kan. argh my dream place ever after Makkah :)

I'm in my own world when using headphone to listen to the music. ok lah. curi-curi on je ni. tengah siapkan assignment (konon) ni. chemistry lagi. tertarik dgn GA ni . tu yg join hehe bye


hadiah diaaa woahhh :0

10 MUHARRAM

assalamualaikum. sekadar perkongsan ilmu =)

PERISTIWA YG PERNAH BERLAKU PADA 10 MUHARRAM
1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid


Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:


قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))


كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))

عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)

اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))


سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ
“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:


لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (setiap 10 Muharram )

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

SUMBER: Perkongsian di Internet

[SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI KITA SEMUA DAN MENERIMA SEGALA AMALAN2 KITA]

program penyembelihan @ 12/11

assalamualaikum~

syukur alhamdulillah kerana masih bernafas sebagai salah seorang umat Nabi Muhammad SAW. ya betoi, hari ni ada program penyembelihan. bukan macam hari korban, hanya seekor lembu. tetapi 50 ekor AYAM bro!

siapa yg sembelihkan? mestilah kami. program ni hanya tingkatan 3 & 4 sahaja. ustazah dah maklumkan dah 2 minggu sebelum tu suruh penolong aghkan kumpulan. satu kumpulan perempuan 5 org. kumpulan lelaki tak tahu lah pulak. sebab budak laki kt sekolah aku makin lama makin pupus -.-

lepas baca al-Quran pagi tu, trus bekumpul dkat surau. dengar taklimat macam biasa. tahu-tahu jalah janji org melayu ni, pukul 8.05 bru mula. pastu ustaz Marzuqi bagi lah penerangan tentang cara nak sembelih mksud sembelih and so on.

lepas tu kan, ustaz ada tunjuk video-video cara org smbelih binatang daratan di negara luar. jeng jeng jengggg.... nak tengok ke? nak? betoi ni? okay tapi kena janji dulu. *angkat tangan sebelah* ok bajet. kalau nak tgk video ni, pastikan diri tu tak dak lemah jantung tau. stg tak pasai-pasai aku dapat masalah.


dah tengok? apa komen anda? haaa lepas tgk dekat sekolah tadi, rasa bersyukur sangat sebab dilahrkan dalam kalangan keluarga dan masyarakat yang beragama Islam. agama Islam ada cara khusus untuk menyembelih binatang. takde lah macam dalam video tu kan. main pancung suka hati je. tetapi cara tu sah cuma penyembelih tu menyembelih tanpa iat. so jadi lah tak sah dan dikira sebagai najis. oleh itu, kambing itu haram dimakan.

okay sambung cerita balik. lepas dengar taklimat, semua berkumpul dibelakang bengkel KH. belakang bengkel tu ada tanah lapang macam padang. ada pokok. tapi padang sekolah 4 kali ganda lagi lah besarnya. kat situ jugak ada air pancur atau air paip. senang la sikit nak buat kerja kan.

lepas tu ustaz buat demo dua ekor ayam. seekor untuk lelaki seekor lagi untuk perempuan. habis tengok demo penyembelihan, duduk dalam grup masing-masing. haa nk tau, grup aku duduk tengah-tengh tanah lpang tu dengan panasnya pheww.. salah port hahah.. wani tolong sembelih qurrat tukang pegang. aku? hehehe tengok je. bukan apa, aku takut ayam yang aku sembelih tu jadi najis nanti aha aha aha.

alah, wani sembelih sambil tutup mata! lepas ustaz Zul suruh tengok bru da bukak mata. dia kata , " weyh aku dok rasa halqum dia bergetaq-getaq tau dak". haa lebh kurang macam tu lah. alhamdulillah ayam tu dah selmat mendarat dalam perut kami semua. kalau xsalah 4 ekor ayam ja kot yg tak sah.

lepas sembelih apa lagi, proses laa.. aku jadi doktor sakit puan wuuu.. aku lah yang korek perut ayam tu. hihi siap belek dia tali perut daaa. sumpah sikit pun aku tak rasa gel. aku rasa lagi nak belek lama-lama tau dak. tapi takut kawan sebelah muntah pulak tengok aku belek haha so aku buang.

lepas dah cuci apa semua, hantaq dekat makck kantin. diorg yang uruskan hal memasak apa semua ni. dalam pukul 11 lebih la siap proses ayam semua. lepastu aku taktau la sapa yang kemas kt belakang tu. sebab aku farah wani n salwa cabut p mnum dekat kantin. gila lapar weh dari pagi tak makan apa T.T

habis tudung n baju bau ayam. tngan lagi laaa. dah la masa proses tadi tangan aku belumuran darah dia. hanyaiaqqq... pukul 1 bru ada pengumuman jemput makan kat kantin. lama kan.. aku paksa mata aku tidur sebelum tu, yola, nak bagi perut stop mengaum. heee

menu makan tengah hari tadi nasi putih, sup ayam sembelih tadi dengan kicap cabai melaka. bila pikiaq balik masa tengah makan tadi, memang tak lalu la. dah la ayam sembelih sendri. kita dah tahu fizikal ayam tadi tu. disebabkan lapar, licin jugak aku makan. alhamdulillah. boleh lah nak suruh aku sembelih lepas ni ekeke

anda ada pengalaman menyembelih jugak? jomlah kita share-share heh

7 kedasyatan ayat Kursi

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala hingga solat yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 solat fardhu,ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala menganugerahkandia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir solat ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi ALLAH sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berkenan memberi pertolongan kepadanya.

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain.

Preloved Novel Giveaway Part 3


banner sangat comel. jom la join ramai ramai.

novel pilihan : cik blogger
tamat : 12 november 2013


Super Friends Giveaway by Aina, Afiqa & E



assalamualaikum~

hi semua. okay okay aku tau blog ni dah lama tak dicuci dan dikemas. baru hari ini mood datang. sebab malam ni mood melukis xdak. maaflah tuan blog ni sibuk sejak menjejakkan diri sebagai student form4 di SMKA Al-Irshad. memang busy sesangat. homework tetap hari ada. exam sebulan baq hang! kalau xsalah kira tarikh, baru 2 minggu PAT tamat. haaa ni cerita baru nak mula.

tadi scroll kt dashboard, dah lama xbukak. bukak-bukak dah banyak perubahan. pastu sebelum on laptop tdi, terbaca kat temlen twitter pasal giveaway2 dari seorang blogger terkenal. tpi dia baru tgh cari sponsor. kemudian, terfikir jugak nak join mana-mana giveaway sebab poket dah kering. eh? bukan cam tu. teringin nak dapat hadiah yang abe posmen hantaq. kahkahkah demand!




scroll punya scroll punya scroll, terjumpa giveaway ni. "SUPER FRIENDS GIVEAWAY BY AINA, AFIQA & E". woahh sounds interesting right. memang banyak la nak cerita pasal kawan-kawan ni kan. ah bohong kalau korg kata korg tak dak kawan. sekurang-kurangnya mesti ada sorg. see the banner, cute je kan! *puji ikhlas ni hihi
(tak reti nak buat back link dekat banner, maaf)

berkumandang lagu 'its end tonight by all american reject~

okay dalam entry kali ni , nak cerita pasal kawan-kawan yg rapat dengan aku sepanjan form 4 ni. rasa sekejap sgt tahun ni berlalu. tahun depan aku SPM wehh T.T . okay stop. dont spoil ur mood zati. let me tell u the meaning of friendship. it s based on my mind okay. its depends on the individual to describe it!




rasanya kata-kata dari Albert Camus tu dah cukup untuk menggambarkan maksud friendship bagi aku. okay untuk mengelakkan drpada entry ni panjang berjela jela, let me introduce one by one and a story beside my friends okay!

Embedded image permalink

this is Farah Najwa. aku kenal dia sejak tingkatan dua lagi. pastu tingkatan tiga dapat kelas sama. hmm memang bersyukur la. sapa tak bersyukur kan. takde la awkward sgt mauk klas bru nanti. sebab dh ada geng! hahaha

she's a little bit cute. *taknak puji lebih stg dy expand kahkah* pandai. sebab dalam exam form4 ni dia selalu atas aku lagi.mana tak nya, dia pergi tusyen aku x. memang agak payah la study sensorg kan. lagi satu, dy sgt addicted dgn GD! omg


Embedded image permalink


this is Azmin Najihah. baru je kenal dia. tahun lepas! hahah pada mulanya ingtakan dia ni sombong, rupa-rupanya dia pun macam aku jugak. otak gila-gila. bila bersembang tak sah kalau tak gelak kuat-kuat. ada ja cerita dia.

but of course she's smarter than me. her parents work as a teacher. mana tumpah kuahnya kalau bukan dekat nasi kan. dia dengan farah tusyen sekali. dia minat apa ea? hmm yg aku tau oren. siapa oren? biarlah rahsia ekeke

Embedded image permalink

ni Farah Hanim or Dede. dede tu datng dripda perkataan 'dik Ah'. disebabkan payah nak sebut laju-laju, tukarlah jadi dede. hahaha aku pun taktau macam mna bole jdi lagu tu. dia lah yg habaq. aku knal dia pun tahun lepas jugak. satu kelas la katakan. kebetulan , aku jadi penolong, memang depa rapatlah dengan aku, nak itu ini. hahah

dia setaraf dengan aku. tak pegi tusyen mana mana. study sendiri. tpi dia ada kelebihan, iaitu menghias apa semua ni. bab-bab ni memang serah kat dia. sanggup tidur 3 pagi dok buat kad ucapan birthday baq hg! rajin sungguh laa. aku pun tak sekreatif dia. hahaha tngan aku pun keras.

Embedded image permalink

ni pulak anak kerabat diraja. ok bohong. nama dia Putri Nurhusnina. nama manja dia pulak Put ta pun Pot. nampak tak permainan dia hahaha. kami ni selalu berlawanan. dia suka aku tak suka. dia sokong aku tak sokong. tapi kami dua-dua #GGMU haha. tapi lagi, dia minat Adnan Janujaz , aku minat Chicarito haa tengok!

tiap kali cuti sekolah ja or weekend mesti pergi berjalan. shopping. bukan nya dekat, dekat SP tu. hahah aku pun selalu berjalan juga sebenaqnya hehehe.. kami selalu share benda dekat wechat. tp sejak ada peristiwa gelap, dah slow la skit share share ni. tapi sekarang dak dah. dok active kt whatsapp pulak. ajak buat line takmau!


Embedded image permalink

Ana Shuhada.. itulah nama dia. dia ni payah sikit nak tgkp gambar, sebab tu aku xdk gambar dgn dia. asal nak tgkap ja, dia lari. jinak-jinak merpati la katakan . kalau sembang dengan dia, dia keja gelak ja. hahaha

dia minat austin mahone aku T.T hahah. handsome what. pergi la google tgk. dia tak minat korea aku rsa. dia rajin study. tak pergi tusyen jugak. kalau nak ajak keluaq, memang payah. macam aku jugak la. tpi kekadang tu mak dia bagi la jugak. macam aku hahaha apa ni ?!


ni kawan yg paling aku jeles. selalu aku nak fight dengan dia tpi tak bole. nama dia Nur Zahirah. nak tau dak gambar tu dekat mna? dekat Amsterdam Airport. dia pegi LONDON tahun lepas. nak pegi jugakkk huaargg ok stop.

dia tersangat pandai. tak study pun boleh score. sapa ak jeles. hahaha aku pun xdk gambaq denan dia. ada la cerita di seblik ni. tak boleh tau! hehe peminat tegar Justin Bieber uolls

~~~~~~~~~~~~~

sampai sini saja entry ali ni. semoga ukhwah persahabatan kita kekal hingga akhir hayat. jangan lupa jemput aku kalau hampa kahwin nanti tau! xoxo

p/s: ada lagi yg aku rapat, tapi memandangkan entry  ni dah berjela, aku stop. 

Typical malaysian : kenduri

Assalamualaikum..

Entry kali ini mungkin agak pelik. Bukan untuk merendahkan sesiapa tetapi untuk kita mengambil iktibar dripada apa yg aku lihat, pandang dan fikir.

SITUASI 1:

Apabila pergi kenduri, tuan rumah tu tak bgi apa-apa buah tgn ataupun goodies. Mesti ada dengar suara-suara sumbang sebegini :

A: ish apa la tuan rumah ni. Kita datang kenduri dia penat2, satu aa pun dia tak bgi.
B:  aah , tula pasai. Kalo tau la xdpt apa , aku takdk mai aih.

*** kita tak tahu knpa hal ini berlaku. Mgkn tuan rumah tak ckup bajet. Dia dah sediakan makan tu kira okay la kan drpada dia hanya sediakan air untuk minum. Sepatutnya kita perlulah bersyukur.

SITUASI 2:

Apabila tuan rumah bgi goodies dan dlm beg tu cuma ada satu jenis kuih.

A: apa la tun rumah ni, baik tak payah bagi. Ada pun sejenis kuih ja. Bahulu!
B: tu la baik tak payah bgi. Haihh

**
See.. Bila dh bgi and dh dapat bersyukur jelah dengan apa yg ada di dalamnya. Manusia tiada yg sempurna untuk memuaskan nafsu seseorg.

SITUASI 3:

Apabila tuan rumah bgi goodies dan isinya padat. Bermacam macam jenis kuih ada.

A: tudiaa byknya kuih dia. Rugi. Bkannya org nk makan sgt. Apala. Bazir duit je tempah.
B: cuba rsa kuih ni, nmpk ja lawa tp rsa hmmm

** ini lagi satu. Bila byk merungut kata bazir. Bila sikit merungut kata baik tak payah bagi. Bila tak bagi hmm mcm mcm dikatanya..

P/s : ini berdasarkan apa yg aku lihat di rumah2 kenduri. Bersyukurlah kerana Allah masih memberi kamu rezeki. Bye

what's going on?!

assalamualaikum~

bertemu lagi kita di segmen entry pilihan bulan ini. *drum please* kali ini kita akan membaca,menyingkap,menerjah pelbagai spekulasi tentang dunia masa kini. apa yang sudah terjadi? what's going on? 

okay stop, tak kelakar pun kan.. sebenanrnya kan, terdetik hati ni nak tulis entry panjang berjelan-jela. tapi bila on ja tetiba screen laptop ni okay cun cantik lawa nice. yg satu yg bgi mood aku terasa nak tulis panjang. yang kedua , aku rasa dh taktau nk buat apa dah. padahal cuti sekolah baru ja start. mengada betul aku ni! 

eh eh, screen ni buat hal pulak dah. adoii baru puji , tengok! nyampah tarik balik pujian aku tadi huh! yay dah elok. hahaha apa daaa stgi jadi blik.


sebenarnya aku bosan boring ni. taktahu nak buat apa. asyik throw bottle ja dekat weChat. pernah main tak? haa meh add aku. cri id : zezati. haha bajet retis bakhiangg!!

lepas throw tu ada la org kutip. mcm mcm org. ada yg tgh tunggu giliran interview, ada yg tak suka chatting dgn or muslim, ada yg percaya aku duduk dekat auckland , ada yang hantaq gambar lucah. heeiii tak paham aku!

see, kak lang baru tweet kata dia pergi i-city skrg. ya Allah jelesnyaaaa. aku dok umah bosan sampai nangis dh ni *lap air mata* abang pulak pegi festival belia tu. kakak? hm dia tidur umah mak mentua dia. adik pulak bukan nya nk layan aku. shoo shaddd

bole cadang tak apa yg patut aku buat cuti ni? study ? itu satu kepastian! lain? *sambil layan lau miranda cosgrove*  sayonora sayonora sayonora yeahh. erghh bosann!



the red-letter day

assalamualaikum~

holla.. lama gila aku menghilangkan. dah banyak perubahan kt blogger ni. huhu sampai aku taktau nak buat apa dah. sebenarnya aku tak menghilang pun. ada ja dekat malaysia ni. cuma  aku tak menonjolkan diri di dunia blogger ni. why? because I'm toooooo busssyyy with my exam. Its almost 1month full of exam. and today , hooraayy my exam is over okay. I repeat its overrr.. haha over gila.

untuk menebus hari-hari ketiadaan aku, aku ada story nak share ni. meh meh kita baca sama-sama. ala ala kiah propa itu.. sabtu lepas 18/5 bersamaan 8 rejab telah berlangsungnya majlis perkahwinan kakak aku bersama pasangannya. haa memang penat hbis la , gotong-royong. ni pun aku baru baik dri demam n selesema . nasib baik tak batuk , bru di peringkat permulaan. kalau tak jenuh aku.

akad nikah hari jumaat lepas asar. malangnya aku tak boleh nk ponteng sekolah sebab exam. so apa lagi aku ponteng usrah ah jumaat tu. satg org sibuk takdk sapa pulak nk ambik aku blik huhuhu.. jangan gitau org lain. rahisa kita dua ja. 


okay credit to the photographer . memang cantek la. terbaekk broo~ okay kita terjah gambar lain pulak.









okay setakat ni ja gambar nikah. nak teok yang lain p tengok kat fb aku. belungguk! haha kedekut giler!
macam biasa , pada sebelah malam ada majlis tahlil and khatam quran. khatam 4 beradik kecuali abang aku. nak tau, masa khatam quran tu, budak-budak dakwah duduk betoi betoi depan kami. fuhh dah la hensem hensem belaka , hahahaha gedik sungguh aku ni!

jenuh la nk bgi khusyuk , acewah aku khusyuk naa.. paling ta tahan aki aku kebas gilaaa taktau nak duduk macam mana tah, buatnya kain terselak , malu la haha. malam tu memang tido lambat la. pukul 2 pagi p race keta dengan abah dulu wkwk p hantaq cousin ke homestay sebenaqnya.




gambar suit hijau ni belah perempuan la , umah aku. malangnya gambar aku takdk , sedih bak hiang.. mau tau aa busy ke hulu ke hilir.. sampai tak sempat nak snap gambar dengan mempelai. okay kita review gambar sebelah lelaki pulak ye.




sebelah laki memang grand gila mak dia buat. almaklumlah kenduri sulong. cantik kan cantik kan.. haha. rasanya tak apa ko nak cerita dah, kalau nk tau psal lain , boleh tanya. dah belagak macam retis pulak aku ni haa..  tata titi tutu



Wordless saturday

Assalamualaikum~

Fuyyo hujan lebat dekat sini. Dekat tempat korg hujan tak? Sekarang kan musim hujan... Nasib baik sempat sampai rumah dah..

Haa, aku g mna ? Tenene *baca ikut atonasi banana k * aku g parit buntar. Pegi knduri kwan kak aku. Alang2 dh sampai sna apa lagi, jalan dekat pekan dia la.

Dapat la aku sepasang kain bju kurung. Mak aku sekali angkat tiga pasang.. Smpai rambang mata la. Kain nya cantik cantik baq hg! *keluar penang piau punya*

Nnti kalau kak lang aku balik, mengamuk plk dia. P tak tunggu dia. Ekeke. Nasib laa~ Dh smpai rumah ni mula pikirkan homework. Tggal sejerah dgn komsas ja lgi. Yg lain aku dh habiskn malam td. Selamat~

P/s : aku tak pernah jumpa lagi org buat wordless saturday. Haha takpa new from me bye

cik beah osemm : part 1

assalamualaikum~

hey , whats up? I'm happy today. why? because I've just finished my exam yeayyyy k

okay let's watch this video


ini baru part 1. best kan . semoga kita peroleh pengajaran dri video. nnti wa share lagi ye!

So sad

Assalamualaikum~

I think this entry would be weird cause this is my first time post entry using android. Those who used android can download this apps at google play store *promote*

Okay why am I sad ? Im not very sad actually. This morning , U had my english examination. There was a text inside it. And you know , the text was really sad and give effect on me. Please remind me to rewrite the text okay. I wanna share it!

Alright guys , its time for me to make revision on syariah and addmath. So creepy. Daaa~

exam

assalamualaikum~

hi , how are you ? hope you are as fit as fiddle. for your information , next week or this monday , I'll face UP1 . its freaking scary. erghh :3

now , I'm not having 9 subject examination but 11 subject. well , Im one o the spm 14 candidate. I'm proud of it. haaa , did yo noticed that my blog has changed? yeah, I made it less than 1 HOUR ! phew  im tired now. 

sorry if my english is broken . i've to try , right ? please pray for my success. aminn thanks =)

sorry

assalamualaikum~

apa khabar? wahh lama beno tak update blog ni. syuhh syuhh bnyak sungguh labah-labah LOL. now , aku agak busy . caitt.. haha aku on guna phone je sekarang ni. bole ja update guna phone tp tak reti ah nak sign in. sebab dalam phone nk bukak blogger gna email google padahal aku guna email yahoo. and aku taktau ah nak tukar cam mna. 

actually I got a new handphone. thats why la I forget about  to update this blog. nak tahu phone apa? hehe


this ! samsung galaxy ace plus. aku guna duit aku sebanyak RM200 ja. yg lain abah tanggung. sbgai hadiah 9A skali gus hadiah birthday.


fizikal dia lebih kurang macam iphone je. nipis gila kalau buang housing dia. tapi dari segi sistem aku tak tau la. aku tak pernah guna iphone pun.


warna putih pun ada jugak. nmpak lebih expensive sikit. tapi aku ambil warna hitam. senang nk jaga . lagi pun hitam itu kan menawan bhahaha


now aku guna housing macam ni tapi warna biru. warna lain habis baq hang. tinggal biru n hitam ja. takan nk ambil hitam kot. now, aku kumpul duit dulu, nanti boleh beli housing macam lain pulak. 


macam ni ke. pergh penuh diamonds. shine bright like a diamond lalalalala ~


macam ni pun cantik jugak pa. haha. now macam macam apps aku ada.

sebagai contoh viber , whatsapp, wechat, gochat, n so on. yg aku tak faham, apa function weChat and goChat hah? viber plk aku jarang guna , sbb kawan kawan aku xdk viber yg ada pun whatsapp ja. 

sebagai teladan untuk kita seemua

assalamualaikum~

selamat petang. panas sungguh hari ini, kan ? T___T

tadi dah siap 30% of my homework that were QS, physics and bahasa arab. now , i would like to share to all bloggers some video. yeah, boleh dijadikan teladan untuk kita semua. 




seorang yang bergelar ayah sangat sayang akan kita walaupun kita telah berbuat salah. cer imbau kembali, salah apa yang korg pernah buat dekat ayah korg? ayah korg maafkan kan? hmm

amacam , dah hbs tengok? tengokla sampai habiss..



ni lagi satu. kesian kan . tambah2 lagi anak yg memang kena mcm vide ni. tabahkan hatimu. hiraukan kata-kata org lain okay. your father, your hero.

video yang ketiga ni pulak, jangan tengok kalau rasa diri tak kuat. jakgi nanges pulak dpan laptop. uhu



bila tengok video ni, rasa macam tak mau mengandung pulak. kahkah awalnya aku fikir. bye





one direction : last first kiss

assalamualaikum~



billy player :

<embed src="http://www.sheepproductions.com/billy/billy.swf?autoplay=true&f0=http://media.irondj.net/mix/file/29923/One_Direction_-_LAST_FIRST_KISS__LYRIC_VIDEO_.mp3&t0=last first kiss&total=1" quality="high" wmode="transparent" width="200" height="10" name="billy" align="middle" type="application/x-shockwave-flash" />

one direction : summer love

assalamualaikum~


lagu ni pun tak ada la music video dia.

for billy player :

<embed src="http://www.sheepproductions.com/billy/billy.swf?autoplay=true&f0=http://media.irondj.net/mix/file/30057/One_Direction_-_Summer_Love__New_Song_2012___Audio_Lyrics_-_www_flvto_com_.mp3&t0=summer love&total=1" quality="high" wmode="transparent" width="200" height="10" name="billy" align="middle" type="application/x-shockwave-flash" />

one direction : rock me !

assalamualaikum~

maaf, lagu ni tak dak music video or officially video lagi.
so zati ambil yang BEST LYRIC punya !




for billy player :

<embed src="http://www.sheepproductions.com/billy/billy.swf?autoplay=true&f0=http://media.irondj.net/mix/file/30764/one_direction_-_rock_me.mp3&t0=rock me &total=1" quality="high" wmode="transparent" width="200" height="10" name="billy" align="middle" type="application/x-shockwave-flash" />

tutorial : billy player

assalamualaikum~

tangan gedik nak buat tuto. okay, lets start.

apa itu billy player? ni haa


  1. pergi dekat >>> SINI <<<
  2. search lah lagu apa yang korg nak letak okay.
  3. dah jumpa? klik tajuk dia and akan keluar macam dekat bawah ni.



4. copy kod kat bawah tu and pastekan dekat word atau pun note pad.



5. korang search word ni , http://media.irondj.net  guna ctrl+f . *find in current selection*
6. dah jumpa? copy yang tadi sampai word 'mp3' , kalau tak paham tengok gambar di atas.
7. pergi ke >>>SINI<<< pula


8. tadi kan dah copy ayat tadi kan, paste dekat kotak yang disediakan. boleh rujuk gambar
9. pastikan yang autoplay dekat bawah tu di tick. *tengok gambar*
10. then generate code !



11. akan keluar macam ni. korg boleh dengar dulu lagu tu. copy kod tu and paste dekat html/javascript.
12. done ! jadi tak ?

p/s : zati akan post video sekali dengan kod billy dia sekali. stay tuned !

happy birthday to me !

assalamualaikum~

dah lama kita tak bersua kan? hmm, biasalah homework banyak. sempat online kot phone je. phone pulak boleh online twitter, fb and youtube je. blog tak bole. lagi puu jn, lappy ni buat hal. wa sedih la.. eh , panjang pulak aku mengadu kan ?!

seperti yang tertera di sidebar sebelah, hari ni hari jadi aku. yeay, dah tua ! okay, aku akan tukar umur tu jadi 16. HAHA. hah, sebelum tu, aku nak cerita pasal something ni. semalam, aku ada tweet ddengan ex-senior aku. sumpah, merepek dengan dia. dah la tweet unmention. penat doe. tapi malam ni dia tak on pulak. tu ja la . wekkk

sambung balaik pasal 'birthday'. tahun ni birthday aku tak segempak tahun lepas. but I'm happy enough. kay, ayat keling. tepat pukul 12 , aku pun tweet, "officially 16. happy birthday to me," and guess what. terus orang terpa ke arah TL aku. muahaha. and aku terharu gilaa.. begitu juga di facebook.

yang paling tak puas hati, apabila amet panggil aku 'kakak'. woi, umur kita sama la. KAHKAH sampai sekarang ada lagi yang wish. *berbaki 5 minit* dekat sekolah pun, bila kawan2 jumpa aku, pakat dok wish, 'happy birthday zati," ada yang wish beriban kali dah.

and yang paling tak tahan , fara la. boleh dia terkejut. dak macam ni, dia tulis nak tulis tarikh untuk surat kebenaran waris, then baru dia teringat hari ni 23hb. you know, dia macam tergamam then terus kata, "weh, hari ni birthday hg kan ?"  lbih kurang macam tu la. sampai aku tengah buat kerja pun terkejut.

kenal tak megatAD ? ala , yang twitfamous tu. haa, hari tu dia balas tweet aku, saja nak gitau. kbye :*

rihanna - diamonds


Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond
Find light in the beautiful sea
I choose to be happy
You and I, you and I
We’re like diamonds in the sky
You’re a shooting star I see
A vision of ecstasy
When you hold me, I’m alive
We’re like diamonds in the sky
I knew that we’d become one right away
Oh, right away
At first sight I left the energy of sun rays
I saw the life inside your eyes
So shine bright, tonight you and I
We’re beautiful like diamonds in the sky
Eye to eye, so alive
We’re beautiful like diamonds in the sky
Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond
Shining bright like a diamond
We’re beautiful like diamonds in the sky
Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond
Shining bright like a diamond
We’re beautiful like diamonds in the sky
Palms rise to the universe
As we moonshine and molly
Feel the warmth, we’ll never die
We’re like diamonds in the sky
You’re a shooting star I see
A vision of ecstasy
When you hold me, I’m alive
We’re like diamonds in the sky
At first sight I felt the energy of sun rays
I saw the life inside your eyes
So shine bright, tonight you and I
We’re beautiful like diamonds in the sky
Eye to eye, so alive
We’re beautiful like diamonds in the sky
Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond
Shining bright like a diamond
We’re beautiful like diamonds in the sky
Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond
Shining bright like a diamond
We’re beautiful like diamonds in the sky
Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond
So shine bright, tonight you and I
We’re beautiful like diamonds in the sky
Eye to eye, so alive
We’re beautiful like diamonds in the sky
Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond