directioner archyhis: #1 - bila aku jatuh cinta
BLOG-ING MOOD
under constructions !!

#1 - bila aku jatuh cinta


hatiku berdebar-debar.. darah berderau-derau. hampir 30 orang pelajar sudah diumumkan nama mereka bagi  yang mendapat 11A. tapi kenapa nama aku tidak muncul-muncul lagi? adakah aku akan mengambil slip di dalam kelas saja? oh , pasti ibu dengan ayah kecewa dengan aku. mungkin bukan rezeki aku kot.

dengan berat hati , aku melangkah kaki keluar dari dewan. tak sanggup aku dengar keputusan SPM pelajar-pelajar yang lain. aku berjalan dengan perlahan menuju ke pintu di belakang. kedengaran suara pengetua mengumumkan pelajar terbaik tahun 2008.

"Pada tahun ini, kita mempunyai pelajar yang cemerlang bukan diperingkat sekolah sahaja , malah di peringkat negeri! pelajar tersebut ialah......." ucap pengetua dengan penuh rasa bangga..

'sah-sah bukan aku. baik aku tunggu di kelas sahaja,' dengus hati kecilku.

" Nur Atilia Natasha binti Mohd Asri... dijemput untuk naik ke atas pentas sekaligus memberi sepatah dua untuk sahabat-sahabat yang lain.." sambung pengetua lagi.

hampir luruh jantungku mendengar nama yang diumumkn tadi.. langkah ku terhenti. pipi ku ditampar beberapa kali. yeah , aku masih di alam realiti.. sekali lagi nama ku dipanggil. semua yang hadir pandang ke arah aku yang tercegat di tengah-tengah dewan yang gah itu.dengan perasan sedih yang bercampur gembira, aku menoleh ke belakang.

*****

basikal usang ku kayuh selaju mungkin sambil memegang slip keputusan..

"lia , athilia... tunggu.." jerit seseorang dari belakang. basikal ku brek dengan kuat. aku menoleh kebelakang.

"ada apa rizal? aku nak balik cepat ni.." jerit ku.

"alaaa , tunggu tunggu.. aku tau la kau pandai.. by the way , tahniah ea. jangan lupa aku pulak kalau kau dah sambung belajar nanti.. aku ni nak sambung belajar pun macam dah tak de harapan. sapa la aku kan ." sambung rizal iaitu kawan sekelas athilia .

"ala, kau ni buat ayat sedih pulak.. dimana ada kemahuan , di situ ada jalan . bukan ada hihway yg kau merempit sana sini. tk salah hari bulan tercabut tayar basikal ni. dah dah , aku nak balik," tegasku..

"eh , sombong betul kau ni.. " jerit rizal.. aku sudah pun mula mengayuh basikal..

setibanya di rumah , aku terus menunjukkan slip keputusan aku kepada ibu dengan ayah..

"terharu ibu tengok slip kamu. jom masuk , ibu masak masakan yang sedap untuk kamu. kamu nak makan apa?;" tanya ibu dengan perasaan teruja

pada tengah hari tu , aku makan dengan gelojohnya. bukan selalu dapat makan makanan yang sedap..



No comments :