directioner archyhis: #3 - bila aku jatuh cinta
BLOG-ING MOOD
under constructions !!

#3 - bila aku jatuh cinta

Tumblr


keesokan harinya, aku bersama ibu, ayah dan along ke pekan. Rizqi dan alina tinggal di rumah. lagi seminggu, aku akan sah jadi tunangan orang.  what a terrible life I have ! 

aku hanya membeli barang yang penting sahaja. maklumlah, aku pun tak kenal siapa bakal tunang aku tu. tapi lain bagi along. dia kenal siapa bakal tunang dia. mereka pun sudah rapat sejak sekolah menengah lagi.

hampir sejam aku memilih barang untuk along. aku pun pening memilih baju. semua cantik-cantik. finally, I got a turquoise kaftan. ala-ala jubah tu. elegant gitu ! 

"angah , apa ni? moody je. rilex la, pilihan ibu pasti yang terbaik.. pasal cinta , boleh ketepikan dulu. cinta lepas kahwin lagi sweet tau ! " tegur along apabila melihat aku muram sejak dua tiga hari ni.

aku memikir kata-kata yg keluar dari mulut along. betul jugak kan, dengus hatiku. aku terus tersenyum. perasaan muram yang tebal dihati diusir pergi.

sekelumit perasaan cemburu tetiba melayang di hati. aku cemburu melihat along. dia akan brtunang dan hidup bersama seorang insan yang disayangi dan menyayangi dirinya. aku? hmm,tak tentu lagi pasangan aku akan menyayangi diri aku bak putera Henry menyayangi Kate middleton.

"ibu, kenapa ibu buat angah macam ni? kenapa ibu buat perjanjian ni , bu ? apa salah angah sampai ibu sanggup tunangkan angah dengan org yang angah belum kenal identiti dia. macam jual anak pulak," tanyaku sebaik sahaja tiba di rumah.

ya, memang aku perlu tahu semua itu sebelum majlis ini berlangsung. "angah nak tahu ke ?" tanya ibu. aku mengangguk. "betul?" tnyanya lagi. aku mengangguk.

"sebenarnya , perjanjian ni dah lama,sebelum kamu dilahirkan lagi. masa tu , ibu ingat bayi yang ibu kandung lelaki manakala kawan ibu ingat nak jodohkan dengan anaknya yang kedua. kebetulan kami dijangka lahir pada tarikh yang sama. tapi tak sangka , selepas dilahirkan, anak kawan ibu tu hanya hidup selama 2 hari. dia mengalami komplikasi jantung.ibu plak dapat bayi perempuan. so , perjanjian dah dibuat, takkan nak langgar. so dia buat kata putus untuk jodoh kan dengan anak sulungnya, kesian dia." panjang lebar ibu menerangkan kepada ku. hampir bertakung air mata ni.

" tapi ibu dah kenal ke belum bakal menantu ibu tu?" sengaja aku menekan kan perkataan menantu tu.

"ibu kenal dia. dia baru balik scotland dua tahun lepas. dia baik ahlaknya, sopan santun, lemah lembut." terang ibu ingin mengambil hatiku.

*****


No comments :