directioner archyhis: #7 - bila aku jatuh cinta
BLOG-ING MOOD
under constructions !!

#7 - bila aku jatuh cinta

" kau jgn ambil hati ea dgn bos aku tadi tu.. dia mmg macam tu. workaholic sgt sampai perempuan takut nak dekat. dengar cerita dia baru bertunang." ucap razila.

hampir tersedak aku dengar. nasib baik sempat telan air tu..

"what? baru bertunang? ingatkan dah ada anak 5 ! " jawabku selamba.

" woi kau, dia ada kat sini.. syuhhh " zila meletakkan jari telunjuk ke arah bibir merahnya. aku terus menekup mulut. wa tercakap kuat daa, marahku dalam hati.

usai makan aku terus bangun untuk ke toilet. sampai aje di depan pintu toilet, kedengaran orang berdehem-dehem. dengan sepantas kilat aku toleh ke belakang.

'alamak , bos zila.. mesti dia dengar aku cakap tadi. adoiii' bentakku dalam hati.

apalagi, aku terus masuk ke dalam toilet. fuhh, lega.. takut gila aku..
setelah selesai 'kerja' dalam tandas , aku pun keluar. kejadian tadi terus kulupakan. kami terus pulang ke rumah selepas itu..

*****

"macam mana dengan tender terbaru tu? kertas kerja dah siap ke?" encik eddy terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya sambil mata memandang ke arah rayyan.

rayyan memandang papanya lalu berkata , "hmm, dah siap dah pa. cuma tunggu jawapan dari syarikat citra holding tu aje. papa janganlah risau. rayyan dah pandai uruskan syarikat tu," 

encik eddy mencebik. ada-ada aje rayyan ni . RAE holding sememangnya syarikat yang agak terkenal di shah alam. banyak projek selalu keluar masuk dengan syarikat milik encik eddy yang bakal jatuh ke tangan rayyan.

tak lama lagi, encik eddy akan menguruskan syarikat penerbangan ayahnya yang terletak di belanda. maklumlah, datuk rayyan, sheikh al-idrus sudah uzur dan encik eddy ialah anak tunggal sheikh al-idrus dengan isterinya meryam al-khalil.

"papa bukannya risau, cuma nak pastikan aje syarikat tu okay, ye tak bang?" sambung puan Alisya.

encik eddy mengangguk tanda setuju "takutnya kamu makan gaji buta plk nanti" sambungnya.

"eh, mana ad rayyan nak gaji buta.ni rayyan shafiq la ,pa. you must believe on me!" jawab rayyan dengan bangganya..

mereka ketawa serentak lalu meneruskan makan malam yang tergendala itu.. selesai makan , rayyan terus masuk ke dalam biliknya yang terletak di tingkat atas. itulah rutin hariannya.lepas makan malam , masuk bilik buat kerja..

rayyan terus baring di atas tilam empuknya itu sambil menyilang kedua-dua belah tangan untuk membuat lapik kepala. matanya dipandang ke arah syiling sambil bibir tesenyum.

"mengenalmu membuat hatiku tersenyum sendiri. mendekatimu membuat bunga hatiku mear indah. mencintaimu membuat hatiku keruan. adakah ini yang dinamakan cinta?" rayyan senyum lagi. hatinya berdebar-debar, "liaa," sebut rayyan . perlahan . tapi penuh makna.

*****


No comments :