yeah, poket tebal lagi. hatiku kini sedang meloncat-loncat kegembiraan. masuk hari ni , dah tiga bulan aku bekerja sebagai guru sandaran di sebuah pusat tuisyen di syeksen 18 shah alam. dekat je dengan tempat kerja si Zila tu. dia hantar dan dia jemput. for short, driver aku la. haha
hmm , aku ingat nak belanja Zila la. lagipun esok cuti. apa salahnyakan enjoy sampai tengah malam. lagi pun , bulan ni bulan terakhir aku stay dengan dia.. bulan depan , siap sedia la kena tinggal dengan encik yang bernama suami. entah ceruk mana dia tinggal pun aku tak tahu..
"eh, kenapa dengan kau ni? dengan dress labuhnya, shawlnya.. nak pergi dating ke? tak salah aku, cikgu-cikgu dekat tempat tuisyen tu , semua dah tua. beranak pinak lagi.." panjang lebar sungguh zila kalau dapat berleter.
"aku memang nak pergi dating pun. dating dengan kau. cepat la siap.. nati kita terlambat macam mana?" aku terus tolak dia masuk ke dalam biliknya. haishh..
sekarang aku dah dapat lesen kereta. aku ambil lesen guna gaji bulan pertama.gaji bulan kedua pulak aku window shopping. beli apa yang patut untuk sambung belajar nanti. eh, tiap-tiap bulan aku hantar duit ke kampung okay. tak lupa juga hulurkan ke dalam tabung sspn. memang berbaloi la kerja tu.
"kau nak bawa aku ke mana nih? " tanya zila sebaik sahaja kasut di sarungkan ke kakinya.
"adalah.. surprise, biar aku drive ! kau duduk sebelah," nasib baik kereta auto bukan manual. senang sikit. lagi pun tahu tahulah negeri ni memang jalan sesak.
hampir sejam perjalanan, tibalah kami di depan mid valley.. jauh bebeno kami merantau. takpe, sekali sekala.
"wow, kau belanja aku tgk midnight movie ke ?syoknya syoknya.. payah tau nak tengok midnight movie ni. takde geng." aku tersenyum melihat zila gembira. seronok tau kalau dapat buat kawan kita gembira.
kami pilih untuk tonton cerita paranormal 4. takut jugak sebenarnya..
"jom pergi jejalan dulu.. cuci mata, hehe" ajakku.
zila menjegilkan matanya ke arah ku. dia sudah pun tahu bahawa au sudh pun bertunang.
"ops, sory!" bahu zila dilanggar orang. tak perasan.
"eh, awak buat apa dekat sini? sorang je ke ?" tanya nya.
"tak, dengan kawan. movie start pukul 12 so, saja jalan-jalan dulu. bos buat apa dkt sini?"
"tgk movie juga. time sama. awak tgk movie apa?" tanya rayyan kembali.
'kenapa dgn Zila tu?' tanya hati kecil atilia. dia terus menuju ke arah zila yang sedang rancak bersembang.
membutang mata rayyan. hatinya berdebar-debar apabila terlihat Atilia yang berdiri di sebelah Zila. tangkai jantungnya seperti hendak luruh. adakah ini cinta?
"jom , saya belanja makan," ajak rayyan.
*****
No comments :
Post a Comment