Atilia mundar
mandir di bahagian ruang tamu. Jam yang di gantingkan di dinding di pandang
sekilas. Ya, sudah 10 malam. Tapi batang hidung Razila belum muncul lagi. Bukan
setakat batang hidungnya sahaja, bau minyak wangi jenama enchanter kesukaan razila
pun tak dapat dihidu. Sah , dia belum sampai rumah.
Kalaulah apa-apa terjadi dekat dia, habis lah aku dengan tok
su. Pasti telinga ni jadi bengkak akibat terpaksa mendngar bebelan dan leteran
sekali gus ceramah tanpa di bayar ! tok su memang saying akan razila kerana
razila adalah satu-satunya cucu yang di ada seepas kematian anak menantunya
iaitu ibu bapa razila . dan nasib
menyebelahinya apabila selepas tamat SPM tahun lepas, dia terus diterima kerja.
Dan sekarang dia sedang menyambung pelajaran nya sambil kerja. Part time
study..
Atilia terus menerpa pintu apabila terdengar bunyi enjin
kereta masuk ke perkarangan rumah teres milik zila. Tepat jangkaannya , zila
dah pulang. Lega.
“lambat kau pulang. Aku dah risau tau. Ingat ada apa apa
terjadi dekat kau. Kalau tak, mati aku dikerjakan tok su !” ucap atilia sebaik
sahaja zila keluar dari kereta.
Zila membuka pintu belakang dan membawa keluar fail-fail. Bukan satu, bukan dua tapi lima.
Banyaknya! Dia terus masuk kedalam tanpa menghiraukan atilia. Terkulat-kulat
atilia dibuatnya
.
Segala barang yang dibawa pulang diletakkan di atas meja.
Lalu menghenyukkan punggungnya di atas sofa. Kedua –dua tapak tangannya menekup
muka.
“kau kenapa ni? Muram je aku tengok.datang bulan ke? Relaxs
la. Aku buatkan kau air , okay “ pujuk atilia. Razila menjawab dengan anggukan
sahaja.
Cekap atilia membancuh Nescafe regular dan di berikan kepada
zila. Tudung ‘ekspress’ yang dipakai zila ditanggalkannya.
“lia, aku mintak maaf. Aku tak dapat join kau balik kampung esok. Aku kena submit kertas kerja
esok pagi. And tengah hari aku kena ganti bos aku meeting dekat kajang. Hari
sabtu pulak aku kena lawat site dengan
engineer dekat negeri Sembilan. Hari ahad baru balik.sorry.” bilang zila selepas
beberapa kali meneguk air Nescafe panas itu.
“laaa, pasal ni ke yang kau muram sangat tu? Aku okay la. Ni
atilia Natasha okay, tak takut dengan apa jua halangan tapi takut pada Allah
sahaja.” Atilia mendabik dada.
“juga takut pada lipas, kan ? “ pantas disambung zila sambil
memicit hidung atilia.
“hoi, apa main picit-picit hidung ni? Kang bersin tak pasal
ja.” Atilia memuncungkan bibir ja persis seperti budak-budak merajuk sebab tak
dapat gula-gula.
“aku memang saja nak picit hidung tu, buka nak bagi bersin ,
tapi nak bagi selsema terus,” kata zila lalau berlari masuk ke bilik.
Atilia terus mengejrnya sambil menjerit memang nama zila.
Itulah kelemahan gadis yang bernama atilia Natasha. Pantang dipicit hidung. Ada
saja penyakit yang datang.
Razila mengangkat kedua-dua belah tangan seperti orang yang
menyerah kalah. Dia tidak mahu menganggu jiran lain jika dia bergurau dengan
atilia. Habis bergegar denan ketawa mereka nanti.
“kau boleh tolong aku tak? Tolong siap kan data-data ni. Aku
tau kau rajin kan?” bodek zila. Dia sudah naik muak lihat data-data yang
berlungguk ni.
“boleh. Tapi dengan satu syarat!”
“syarat apa pulak dah ? haihh, payah betul berunding dengan
budak ni,”
“kau kena pergi mandi dulu. Bau laaa,” kata atilia sambil
menutup hidungnya seperti bau badan zila tu sangat busuk. Pada hal, dia hanya
bergurau saja. Dia tak mahu zila jatuh sakit.
Tepat pukul 1.30 baru mereka selesai membuat kerja. Penat!
Atilia dan zila tersandar dekat sofa seperti baru habis marathon. Mereka
memandang sesame sendiri sambil melepas kan dengusan. Lega.
Nasib baik esok atilia tiada
kelas untuk mengajar, kalau tak memang mengantuklah nak mengajar. Lain lah zila
ni, dia boleh saja curi masa tidur dalam pejabatnya jika terlalu penat. Orang
ada pangkat manager la katakan.
Terkocoh-kocoh
zila bangun dari tidur dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan. Tidak, aku
dah terlambat bangun la pulak, omelnya didalam hati. Inilah akibat tidur lewat
semalam.
Setelah selesai mandi, dia mengetuk pintu bilik Atilia untuk
memastikan atilia tidak terlepas subuh. Selepas itu, dia terus bersiap untuk ke
pejabat. Selepas subuh, atilia sambung tidur semula. Dia teringat akan pesanan
ibunya, jangan tidur lepas subuh, nanti rezeki payah nak masuk. Disebabkan
terlampau mengantuk, dia tidur jugak.
Aku rasa seperti orang datang dari arah belakangku. Aku buat
tak peduli sahaja. Makin lama , makin dekat. Aku mula rasa tidak selesa.
Terpacak bulu romaku. Tubuhku dipeluk dari belakang. Aku terus toleh ke
belakang.
Ya Allah, siapakah
dia? Bagaimana dia boleh masuk ke dalam rumahku sedangkan pintu kukunci
tadi. Pelukannya makin erat. Aku meronta-ronta. Dia terus menolak tubuhku ke
atas katil. Baju T yang dipakai lelaki tersebut dibukanya. Kedua-dua tanganku
dipegangnya erat.
“tolong jangan apa apakan saya. Tolong,” rintihku sambil
menangis teresak-esak. Badannya menindih di atas badanku. Berat jugak! Satu
persatu butang bajuku dibuka. Bibirnya menjalar di sekitar leherku.
“tolong …. Jangan apa apakan saya. Awak siapa?” aku terus
meronta-ronta. Aku cuba untuk menendangnya. Tapi apakan daya, hilang semangatku
semua.
Kedebukkkk..
“adoiii, sakitnya punggung aku,” jeritku sambil
mengosok-gosok tempat yang terasa ngilu. “nasib baik tadi hanya mimpi,
astaghfirullahalazim,” sambungku lagi.
Aku memandang jam di atas meja kecil di sebelah katilku. Boleh juling mata aku
tengok jam tu. “aku dah lambat…” jeritu
seraya mencapai tuala dan berlari ke bilik air.
Bas yang akan ke tempat kelahiranku akan bertolak pada pukul
12 tengah hari. Sekarang dah pukul 11.
Habis lah aku, macam mana ni. Setelah bersiap, aku terus ke perhentian teksi
terdekat. Tak lupa juga aku bawa barang-barang aku.
Aku sudah berhenti kerja atas suruhan ibu dan ayah. Berat
juga rasa hati nak tinggalkan para anak muridku. Ibu menyuruh aku tinggal di
rumah sahaja kerana lagi seminggu majlis perkahwinan aku dan along akan
dilangsungkan. Hibanya rasa hati ini.
Sudah hamper 20 minit aku berdiri tegak macam menyanyikan
lagu negaraku di sini. Bukan tak mahu duduk, kerusi dekat sini pun tak ada.
Sodihh den!
Tiba-tiba aku terdengar bunyi bising. Aku menoleh kea rah
bunyi bising tersebut. Air liur ku teguk beberapa kali. Alamak, geng mat rempit
pulak! Mereka berhenti betulbetul dihadapanku.
“hai, cik adik. Nak pergi mana tu? Lari dari rumah ea?” tegur salah seorang daripada mereka. Aku memandang
mereka dari hujung anak mata sahaja. Aku lihat mamat tu memakai baju warna
merah.
Aku tidak menjawab pertanyaan dia. Aku buat dek je.
“sombongnya alahai,” katanya lagi. Dia
menghampiriku. Bahuku dipegang olehnya. Aku mula rimas dan darah aku naik ke
kepala. Aku menempis tangannya.
Budak lelaki tersebut naik berang. Dia memegang lenganku.
Kejap dan erat.
“hoi.. kau buat apa hah?” jerit satu suara. Aku terus
menoleh ke arah suara itu. Encik Rayyan? Aku tergamam.
“kau sape nak haling aku hah? Nak cari pasal ke?” Tanya
budak lelaki tersebut.
“dia tuning aku. Kau jangan kacau dia. Pergi,” marah Rayyan
sambil melonggarkan tali lehernya. Aku terus menjegilkan mataku. Tunang??
“awek ni tunang dia
la wei. Macam mana nak test ni? Macam ni je lah ea,” sahut pemuda itu ke arah
kawan-kawannya. Atau lepbih senang geng! Satu penumbuk sulung diberi kepada Rayyan.
Rayyan terus memegang tepi bibirnya. Ada darah! Alamak,
macam mana ni? Rayyan terus melawan. Yes, aku daapat satu idea!
Sedang mereka asyik berlawan, aku pergi ke arah motosikal
mereka yang terletak tidak jauh dariku. Hehe. Aku menolak satu daripada
motosikal mereka. Aku rasa motosikal ni milik budak lelaki baju merah tadi.
Semua mata tertumpu ke arah aku. Aku hanya tersengih
menampakkan keseluruhan gigiku yang putih ni. keningku angkat seperti mahu cari
gaduh.
Dia terus menerpa ke arah aku. Apa lagi, aku bukak kuda-kuda
la.habis semua aku kerjakan. Yang paling best, tendanganku terkena tepat pada
sasarannya. Haha. Terus mereka semua pergi dari sini.
Rayyan tergamam. Terkejut barangkali. Matanya tidak berkedip
memandang aku. Aku melepaskan keluhan yang berat.
“dah terlepas dah bas,” aku terus duduk di bahu jalan.
Kedua-dua tangan ku menekup ke muka.
“come. Ikut saya,” ajak Rayyan. Pantas beg aku di tariknya
dan di masukkan ke dalam but kereta.
Aku mengecilkan mataku tanda hairan. “jom saya hantar awak
balik. Saya pun ada hal kat kampung awak tu,” sambungnya lagi.
No comments :
Post a Comment