assalamualaikum~
seperti biasa, aku akan tanya.. dah lunch ke belum? memandangkan dah pukul 1 lebih kan, apa salahnya... hehe, aku pun belum lunch lagi..
memandangkan aku sengsorang dekat rumah sekarang, aku ingat nak update something. entry ni sepupu kepada ENTRY yang ini. sapa belum baca, baca la cepat ! hehe
dalam entry tu , ada keratan akhbar, tapi gambar yg diorang letak ialah gambar yang di'crop' . sedih aku, sebab gambar aku tak de ! sapa tak naik hangin ! then , aku pujuk hati, "takpe, takde rezeki nak masuk akhbar. nak buat macam mana," cewahh, terpujuk la jugak hati aku..
then semalam , semasa dalam perjalanan pulang dari taman tasek taiping, fara called. nak tahu apa aku buat dekat sana? okey, nanti aku update. sambung cerita balik, dia kata ada gambar kami dalam paper sinar harian.. wahhh, tak sbar den nak tengok..
aku pun hantar mesej dekat abg aku dengan harapan dia bawak balik paper tu malam ni. dia pun kerja hari sabtu. nak tahu tak, dia balik dengan tangan kosong ! pergh, sedih gilooossss. malam tu, keluar pergi tesco, saja jejalan.. pergi kedai buku kat situ, kot ada jual surat khabar. tengok-tengok tak da.. masa tu dah pasrah gila.
memang jeles habis dekat fara sebab dia dapat . sobsss . dah la kucing kencing atas katil aku. bertambah-tambahla sedih aku. huaa. pastu dede gitahu ada 1D perform lagu kat xfactor.. argh, aku ta boleh tgk.. sedih lagiiiii.. what a unlucky day for me ? *english broken*
pagi tadi, anak jiran sebelah datang.. saja melawat. haha padahal dekat je pung.. aku dok kat luar, baca akhbar yang ada .. bukan baca pun, saja nak tengok gossip artis.. eh, aku bukan jenis kaki kepoh okay ! tiba-tiba mak aku jerit panggil aku.. "kak cik.. nah ni.. Gee bagi," aku pelik , dia bagi apa pulak? tah tah iphone ke ipad ke *berangan tinggi* . HAHAHA.. nak tahu dia bagi apa? dia bagi keratan akhbar yang ada gambar aku tu la.. yeayyyyyy !
inilah keratan akhbar yang aku kata tu.. mak aku sampai suruh aku simpan letak dalam frame lagi ! apa apa pun, tahniah irshadians ! byee
No comments :
Post a Comment