directioner archyhis: review 2012
BLOG-ING MOOD
under constructions !!

review 2012

31/12/2012

assalamualaikum~

yeah, maybe entry ni entry terakhir untuk tahun 2012. tinggal berapa jam sahaja lagi. aku nak buat review sikit pasal tahun ni. banyak sangat benda yang aku lalui tahun ni. pahit getir manis seronok semua ada.. alhamdulillah ALLAH memberikan kekuatan dan ketabahan kepadaku untuk mengahrungi semua ujian yang DIA beri.

pada awal tahun, aku di uji dengan masalah. masalah kawan. tiap-tiap tahun mesti ada sekali. harap, tahun depan tak dak la.. kawan yang aku anggap macam adik-beradik aku berpaling tadah. lebih senang tukar geng. aku malas nak cari pasal. dia yang tweet kata kawan tahun dia lebih syok dari tahun lepas. I dont care!

pada tengah tahun pulak, biasalah budak pmr.. rushing sini rushing sana..haih, penat . ditambah pula dengan desakan pengetua. hadoii.. petang tusyen , malam tusyen. habis bila masa aku nak buat homework? terpaksa buat curi-curi. time cikgu takdak, kalut dok buat. kekadang kalau naik jemu, tudiaa .. bukak geng laa. bergossipp . KAHKAH.

raya tahun ni memang tak gempaklah. pmr dh dekat sangat. masa nak trial tu, macam-macam la buat. mintak ampun , lepastu buat salah balik. normal kan? haha. memang getar nak masuk dewan masa trial tapi tak sgetar masa nak masuk dewan time real exam. alhamdulillah, masa trial aku dapat 7A. masa exam biasa , aku cuma 4A ja. selalu fight dengan kawan-kawan. haha tambah-tambah putri. sebab apa dengan dia? sebab yg lain aku tengok teror gila. selalu atas aku dah. putri ja aku tak dapat lawan lagi..

selalunya, lepas dapat result exam je, mesti mak aku berleter punya. ye la, asyik 3A tak pun 4A. masa hari perjumpaan waris tahun ni, nasib baik result okay. then teacher kata, "izzati ni ada bakat. inshaa Allah 9A punya," lega gila hati aku. haha.

masa beberapa minggu sebelum exam, time tu ada la sedikit aku rasa hati dengan kawan aku.. depa buat tak layan ja dengan aku.. takpa, ALLAH ada. lepas tu exam...... habis exam , lompat-lompat bintang, okay bohong. now, aku dah dapat result, alhamdulillah. aku berjaya bagi mak dn abah bahagia. 9A dalam tangan.

so, kesimpulannya, kita kena tabah mengahdapi ujian dalam hidup.ALLAH know the best for us. kita kena redha.. thats all.. kena goreng ayam T___T byee.

1 comment :

Ammelia said...

salam 2013. follower tahun baru :)