directioner archyhis: my precious day
BLOG-ING MOOD
under constructions !!

my precious day

assalamualaikum~

maybe this entry will be long long anddd longgg.. hope, korg bersabar dengan apa yang aku nak merepek mereban ni. i think , all of malaysian know that PMR result would be announced today, right? so, me  as the one of the pmr candidates 2012 akan mengambil result ituuu.. yuhuu

okay, sejak beberapa hari sebelum hari rabu ni, aku gelisah sangat. baca novel tak kena. karang story idea lari. tidur tak lena. makan tak kenyang, thats why la berat badan aku naik,. asyik nak makannnn saja. tapi mandi basah sebab kena air :p

aku start dari mula. dari malam rabu iaitu hari selasa 18/12. sebenarnya malam tu aku lupa yg esok nak ambil result. dok ralit tgk tv . mimpi cinderella. aww, izzue islam sgt attractive. melting. okay , stop!  nasib baik petang tu aku ingat nak cuci kasut sekolah. masha ALLAH , dah berkulat uolls ! haih, nampak sgt aku tak jaga lewls. buat apa aku nak jaga kasut sekolah . tahun depan beli baru !

pukul 11 baru aku start iron baju. baju aku semuanya ketegaq. kedut tak mau hilang, lantak ah ! bukannya orang nak tgk semua tu. lagi pun, lepas pakai dia akan kedut jugak kan ? so , who cares ? malam tu memang pukul 1 lebih baru tidur. padahal tahu yg esok kena bangun awal . wuuu T__T


pukul 8.20 aku dah siap dah. kena ada dekat sekolah pukul 9. awal kan kami kena pergi? ustaz azli suruh baca yaasin dulu sementara tunggu result dianalisa atau omputihnya analysis. sementara tunggu abah siap snap la dulu.. hehe



alamak, tudung okay dah. selalunya tak jadi macam ni pun. sebab aku selalu kalut bila pakai tudung. takut tertinggal bas. maklumlah bas aku 6.20 pg kekadang gerak dah. mau tak kalut.


cubaan kali kedua.. try senyum nampak gigi.. tahun ni baru aku ubah cara senyum. sebab apa? sebab gambar aku dekat IC aku senyum tapi bila tengok macam muka orang mandomm ja.. so, apa salahya aku cuba senyum nampak gigi walaupun gigi aku tak cantik..


okay , abah dah siap.. try snap macam ni pulak.. wahh, muka childish gila padahal dah nak masuk form four tahun depan.. wuu T___T besday kita bulan satu wok *tetiba* muka berdebar gila sebab tinggal berapa jam  lagi result nak keluar..

sampai sekolah adalah dalam pukul 8.50 cenggitu.. tak ramai lagi pun masa tu.. nasib baik dede sampai dah,tak dak la aku kesunyian. tak dak sapa pun teman aku. mak ada mesyuarat. abah kena pergi klinik ambil MC.

punya la riuh sembang.. pakat dok kata, "nampak lain la hg skrg." "hg pakai baju baru ka?" hahaha, macam macam.. pastu masuk surau, baca yaasin.. habis baca yaasin, masuk dewan.. masa cikgu shakir bg ucapan tu, jantung aku macam ni la 'dup dap dup dap dup dap' punya getaqqq..

lepas cikgu shakir, pengetua pulak beri ucapan.. yg lawaknya, aku , fara, dede n mimin pakat pegang tangan.. menyalurkan kekuatan..jeng jeng jeng, tiba masanya keputusan diumukan.

paling awal di antara geng aku ialah mimin ah. dia terkejut kot.. then masa dia nak duduk , aku kata dekat dia, "tahniah min," tiba-tiba nama aku pulak.. ya ALLAH, alhamdulillah.. terkejut aku. kali ini aku tahan air mata aku.. jangan jadi masa UPSR dulu, haha.. lepas aku duduk, apa lagi nangis terus ah. bukan nangis sedih tapi nangis gembira.

lepas semua umum, pergi tangkap gambar. wartawan tu taktau nak susun macam mana sebab 104 org dapat straight a. aku mimpi 102 ja dua hari sebelum keputusan keluar. last last sekali dapat jgak cara nak susun.. tadaaaaa........


try ah cari aku. haha , by the way ni gambar dari bro amirul hakim, photgrapher sekolah.. kaya oo dia ni.. haha, jap tunjuk gambar dalam paper pulakkk.


metro semalam, 20/12. jangan cari gambar aku sebab hampa takkan jumpa, wartawan tu crop.. saja nak naikkan suhu aku. fara pun takdak dlam tu.. mimin and husna nampak clear !

nampak tak tajuk "demam teruk cemerlang jua" tu? dia cerita pasal amirul hafizi, budak kolah aku. dia kelas apa tah, tapi tak sama ah dengan aku.. huhu femes la diaa..


THIS !!! lepas tgkap gambar, sesi kekawan la pulak.. abg ngah zahirah tolong snpakan.. thanks! lawak ah abg ngah dia.. *muka aku xcited nak balik kot*

from left : me , fara , ana , mimin n zahirah..

hmm, setakat ni je kot.. taktau ah nak cerita apa dah.. yang pasti , aku tengah tunggu hadiah je sekarang ni, muehehehe.. wait , sebelum tu , ni bukti.. hahah gedik.. sja aku letak celah bunga ..



byeee!